Monday 25 March 2013

Sistem pemerintahan

Latar Belakang

Ciri Negara Berbentuk Persekutuan Seperti Malaysia
-Penyatuan beberapa buah negeri

-Mempunyai sebuah kerajaan persekutuan
-Terdapat beberapa buah kerajaan negeri 
-Menjalankan tugas mengikut kuasa peruntukan perlembagaan 
-Bidang kuasa persekutuan adalah pertahanan, keselamatan, kerakyatan, pilihanraya, kewangan, perniagaan, -Perdagangan dan perusahaan, pelajaran, kesihatan dan pengangkutan
-Bidang kuasa negeri adalah undang-undang islam, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, perkhidmatan tempatan, kerajaan negeri, cuti dan undang-undang negeri
-Bidang kuasa bersama adalah biasiswa, Taman Negara, perancangan bandar dan wilayah, penjagaan haiwan, -Kesihatan dan kebersihan awam, parit dan tali air, hiburan awam dan perhubungan
-Merupakan kaedah penyatuan dan menyatupadukan wilayah yang wujud berasingan

-Hubungan kerajaan pusat dan negeri harusnya terpelihara
-Mewujudkan kestabilan dan mengurangkan perbalahan etnik


Bagaimana Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Menjalankan Pentadbiran Masing-Masing

Kerajaan Persekutuan diperuntukkan kuasa yang luas melalui perlembagaan pentadbiran meliputi perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan kuasa eksekutif terletak diatas Yang Di Pertuan Agong

-Kabinet menjalankan kuasa eksekutif yang di pegang Yang Di Pertuan Agong
-Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri

Kerajaan Negeri diperuntukkan kuasa eksekutif oleh perlembagaankuasa eksekutif terletak diatas Raja atau yang Di Pertuan AgongMenteri Besar atau Ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang Di Pertuan Negeri daripada ahli Dewan Undangan NegeriMajlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), Majlis Tertinggi Sarawak dan Kabinet Sabah menjalankan dasar pentadbiran negara pada peringkat negeritiga orang pegawai (ex-officio) terlibat dalam pentadbiran negeri ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri

Kerajaan Negeri

Pemilihan Ketua-Ketua Negeri Beraja

Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang Di Pertuan Besar dipilih oleh lima orang pembesar negeri iaitu Undang Sungai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau dan Tuanku Besar Tampin,


Perak Darul Ridzuan
Sultan dipilih secara bergilir-gilir antara ketua tiga buah keluarga iaitu keluarga baginda Sultan, keluarga Raja Muda dan keluarga Raja Di Hilir


Negeri-Negeri Lain
Kebiasaanya Sultan/Raja yang mangkat digantikan oleh anak sulung lelaki baginda seperti Raja Muda/Tengku Mahkota dan pewarisan juga bergantung kepada Lembaga Kesultanan Negeri seperti Majlis Kerajaan Kelantan, Dewan Negara Perak, Jemaah Pangkuan negeri Trengganu dan Jemaah di Raja Johor


Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
-Jawatan yang dipegang oleh Raja/Sultan.YDP, berkuasa untuk memerintah mengikut nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengikut perlembagaan negeri
-Dipilih mengikut perlembagaan negeri atau berdasarkan warisan kerajaan

-Saraan baginda di tanggung oleh Kumpulan Wang yang disatukan diperingkat negeri
-Menjalankan tugas dengan budi bicara dalam hal menolak , membenarkan atau menangguh pembubaran DUN
-Meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja
-Melantik pewaris , Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Raja
-Meng anugerahkan bintang-bintang.

Tugas Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar


-Melantik Menteri Besar berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri

-Bertindak diatas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Menjalankan tugas Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Negeri
-Merasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Raja
-Memanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negeri
-Memperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 hari pindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agong apabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasa
-Melantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya
-Melantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri
-Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegeri baginda.Berkuasa untuk mengampun anak raja dan permaisuri negeri lain

Sekatan Terhadap Kuasa Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
-tidak boleh mengampuni diri sendiri, anak-anak sendiri dan permaisuri sendiri

- boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja atas sifat peribadi dalam kes jenayah sivil untuk kes jenayah, apabila dibuat dakwaan oleh Jabatan Peguam Negeri, 
-baginda perlu turun takhta kerajaan kita perbicaraan berlangsung sekiranya dipenjara sehari atau lebih
-baginda perlu turun takhta apabila disabitkan kesalahan jenayah, 
-baginda hanya boleh diampuni oleh Majlis Raja-Raja
-tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan 
-tidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politik

Yang Di Pertua Negeri

dilantik oleh Yang Di Pertuan Agong mengikut nasihat Perdana Menteri.Cadangan calon dikemukakan kepada Perdana Menteri oleh Kerajaan Negeritempoh penggal berkhidmat adalah 4 tahun dan boleh disambung lantikansaraan ditanggung Kumpulan Wang yang Disatukan (RM135,000 setahun)

Tugas Yang Di Pertua Negeri
-Melantik Ketua Menteri berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri

-Bertindak diatas nasihat Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 
-Merasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Raja
-Memanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negeri
-Memperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 hari pindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agong apabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasa
-Melantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya / Sabah dan Sarawak
-Melantik Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri
-Mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam dinegeri
-Menganugerah darjah bintang-bintang

Sekatan Terhadap Kuasa Yang Di Pertua Negeri-Tidak boleh mengundi dalam Majlis Raja-Raja boleh didakwa di Mahkamah Awam atas sifat peribadi dan rasmi

-Tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan
-Tidak boleh mengambil bahagian secara aktif didalam perniagaan dan politik
-Seorang warganegara melalui kuatkuasa undang-undangboleh dipecat oleh Yang di Pertuan Agong setelah satu resolusi pemecatannya diluluskan dengan majorit 2/3 Dewan Undangan

Komponen Dewan Undangan Negeri
-Terdapat 13 DUN di Malaysia kecuali WP Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya

-Terdiri dari dua komponen iaitu Sultan/Raja/YDPB/YDPN dan DUN
-DUN mempunyai keistimewaan tersendiri seperti apa-apa prosiding tidak boleh dipersoalkan dimahkamah, ahli DUN tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan dan pengundian yang dibuat didalam DUN dan sesorang tidak boleh didakwa jika menyiarkan persidangan DUN
-Kelayakan Menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri
-berumur 21 tahun atau lebih

-bermastautin dinegeri berkenaan
-sempurna akal
-bukan seorang muflis
-tidak memegang jawatan 
-berpendapatan
-menang dalam pilihanraya kawasan DUN
-Ahli DUN hanya berhak menyentuh perkara di bawah Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan

Seseorang ahli DUN boleh meneruskan profesion asal beliau tetapi tidak boleh jika dilantik menjadi Speaker DUN atau ahli EXCO negeri

Pelucutan Jawatan ADUN-Apabila sesorang ADUN mengosongkan kerusinya , beliau dilarang bertanding dikawasan berkenaan selama 5 tahun
-Boleh dilucutkan jawatan atas sebab-sebab gagal menghantar penyata-penyata akaun perbelanjaan kempen pilihanraya kepada SPR dalam masa 31 hari keputusan pilihanraya di wartakan
-Dihukum penjara di Malaysia melibihi 1 tahun atau didenda melebihi RM 2,000 oleh mahkamah di Malaysia dan tidak diampuni
-Memperolehi kewarganegaraan asing (mempunyai hak mengundi di negara asing)

Ketua Menteri/Menteri Besar
-Ketua eksekutif Kerajaan Negeri

-Melaksanakan kuasa ketua eksekutif negeri mesti menang dalam pilihanraya Undangan Negeri
-Mendapat sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri dan dilantik oleh Yang Di Pertua Negeri/Raja/Sultan
-Mengetuai Majlis Mesyuarat Negeri
-Mengetuai Jentera Pentadbiran Negeri
-Mengiringi Raja/Sultan/YDP ke mesyuarat Majlis Raja-Raja
-Memaklumkan kepada Raja/Sultan/YDP tentang dasar dan hal ehwal dalam negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan
-Menyerupai kabinet kerajaan Persekutuan, dipanggil kabinet di Sabah, Majlis Tertinggi di Sarawak

-Mengandungi 4 hinga 12 EXCO di Sabah dan Sarawak dipanggil Menteri
-Pembentuk dasar negeri yang tertinggi dan badan pemerintah
-Ahli majlis tidak boleh menjalankan pekerjaan/profesion asal mereka
-Mengandungi 3 ahli pegawai kerajaan (ex-officio) SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang
-Ketiga-tiga pegawai boleh mengambil prosiding didalam DUN tetapi tidak berhak untuk mengundi 
-Di Sabah dan Sarawak  ketiga-tiga pegawai tidak berhak menghadiri sidang DUN

Tugas-tugas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
-bertanggungjawab kepada DUN

-membuat dasar-dasar kerajaan negeri
-Mentadbir kerajaan negeri
-Menggubal undang-undang
-Menguruskan hal rizab orang Melayu, permit dan lesen perlombongan,pindah milik tanah dan harta karun yang dijumpai
-Mengeluarkan lesen membalak dan konsesi balak
-Bertanggungjawab kepada perkhidmatan pasar, lesen hiburan, melaksanakan projek perumahan,menyediakan tanah perkuburan,menyediakan kemudahan jalan, menyediakan bekalan air,mengeluarkan lesen menangkap ikan di sungai, 
-menjalankan pentadbiran perbandaran

No comments:

Post a Comment